khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Showing posts with label cengkih. Show all posts
Showing posts with label cengkih. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

Nasi Kabsa





nasi arab kabsa


3 cawan beras Basmati, 
Beras Basmathi King Jasmine Special Super Long Aromatic Variety  
direndam 30 minit dan ditos
4½ cawan air rebusan kambing
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan sos tomato
1 inci halia dimayang halus
1 labu bawang besar di potong dadu
                                                           3 sudu makan minyak zaitun
saffron / pewarna kuning

Bahan menumis
1 batang kulit kayu manis
2-3 bunga cengkih
1 bunga lawang
3-4 buah pelaga

Penyediaan Kambing
3-4 keping daging kambing
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketembar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 inci halia dimayang halus
garam
Semua bahan direbus hingga daging kambing empuk


Cara Masak Nasi Kabsa
Tumis bahan menumis.  Bila terbit bau, masukkan bawang besar dan halia.  Kacau sehingga terbit bau
Masukkan serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam.
Masukkan beras.  Kacau sehingga hampir kering.
Masukkan air rebusan kambing.  Masukkan sos tomato dan masak hingga kering.

Gunakan garpu untuk mengembur-gembur nasi.  Titik 5-6 titik pewarna kuning dan tutup periuk nasi.  Biarkan 5 minit dan sekali lagi kuis dan gembur nasi dengan berhati-hati supaya nasi tidak pecah.


kambing panggang

Air rebusan daging kambing digunakan untuk memasak nasi , kambing ini boleh digril atau dipanggang dengan dipercik-percik minyak zaitun.

nasi kabsa ayam



sumber dari: bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com

Monday, 2 September 2013

Teh ala Arab






Bahan-bahan:
6-7 uncang teh lipton
1 liter air
direbus bersama untuk mendapatkan rasa teh yg kuat dan pekat
5ooml susu segar
gula secukupnya – jika guna susu pekat lagi lemak berkrim(cikmin tak guna)
secubit garam
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga

Cara-cara:
6-7 uncang teh lipton1 liter airdirebus bersama untuk mendapatkan rasa teh yg kuat dan pekat5ooml susu segargula secukupnya – jika guna susu pekat lagi lemak berkrimsecubit garam5 kuntum bunga cengkih5 biji buah pelaga.
campur semua bahan kacau ..akhir sekali masukkan bunga cengkih dan buah pelaga....


sumber dari: cikmin.com

Friday, 5 July 2013

Es Wedang Pokak







Bahan A:
* 50 g gula pasir
* 600 ml  air

Bahan B:
* 1 btg sereh, memarkan
* 2 lbr daun  pandan, sobek-sobek
* 3 btr cengkih
* 1 bh bunga pekak/bunga lawang
* 2 ruas jahe, memarkan
* 1/2 sdt lada bubuk
* 1 btg kayu manis

Cara Membuat:
* Masak bahan A sampai mendidih, masukkan semua bahan B, lanjutkan merebus selama 10 menit. Angkat, biarkan dingin dalam panci tertutup.
* Saring, tuang ke dalam gelas saji. Beri es batu sesuai selera.


sumber dari: tabloid-nakita.com

Ubat Gigi SAFI Anti-Kaviti




Ubat Gigi Anti-Kaviti dengan Bunga Lawang & Cengkih

Ubat Gigi SAFI Anti-Kaviti merupakan rangkaian produk yang mempunyai formulasi terkini khusus untuk mencegah kaviti dan kereputan gigi. Dengan menggabungkan formulasi ini dengan ekstrak semulajadi seperti Garam Bukit, Bunga Lawang & Cengkih, Ubat Gigi SAFI Anti-Kaviti mampu memberi kesihatan mulut dan perlindungan yang maksimum.



Saturday, 29 June 2013

Hilangkan Nafas Berbau






Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ?

Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.



sumber dari: maugemuk.com

Friday, 28 June 2013

Petua Menambah Denyut Jantung







Cara membuat dan menggunakan :


Bunga cengkih yang sudah kering di kunyah lalu di telan airnya dan harus di lakukan setiap hari, kerana minyak cengkih dapat memperkuat lendir usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.



sumber dari: wannurapetuaamalan.wordpress.com

Petua menghitamkan alis mata






Cara membuat dan menggunakan :

5-7 biji cengkih kering dibakar sampai hangus, kemudian di tumbuk sampai halus dan di tambah minyak kemiri (buah keras) secukupnya, sapukan pada alis mata pada siang hari.


sumber dari: wannurapetuaamalan.wordpress.com

menghasilkan dakwat






DAKWAT daripada kulit buah delima dan buah manjakani? Mungkin agak pelik didengar tetapi itulah bahan mentah utama yang digunakan untuk menghasilkan dakwat pada zaman dahulu. Dakwat unik ini digunakan untuk menulis seni khat.

Bukan hanya kulit buah delima dan buah manjakani boleh dijadikan dakwat, malah beras, bunga lawang dan cengkih turut mampu dijadikan dakwat.

Walaupun hanya terhad kepada warna-warna tertentu sahaja, tetapi dakwat tradisional ini mampu divariasikan warnanya dengan menggunakan bahan semula jadi lain, contohnya daun pandan untuk mendapatkan warna hijau.

Selain itu, penggunaan halia, kunyit dan kulit kayu manis untuk dijadikan dakwat juga mampu mengeluarkan bau wangi pada dakwat.

Menurut Pereka Kaligrafi Institut Al-Quran Terengganu (IAT), Mohd. Shafiq Mohamad, 22, dakwat tradisional ini amat mesra alam dan hasil dakwat berwarna hitam lebih hitam daripada dakwat yang ada di pasaran sekarang.

Katanya, kesukaran untuk mengadun dan memproses bahan mentah tersebut menyebabkannya tidak digunakan pada zaman ini.

"Faktor pelbagai jenis dakwat yang ada di pasaran sekarang lebih mudah didapati menjadikan dakwat tradisional tidak relevan untuk digunakan dalam menulis khat," katanya.

Beliau ketika ditemui KOSMO! di kiosnya sempena Pameran Keunggulan Jawi di Muzium Negeri Terengganu yang berlangsung selama dua bulan bermula 18 Mac lalu menambah:
"Jika ia diadun dengan cara yang betul, ia boleh menjadi dakwat berkualiti setaraf dengan dakwat yang dihasilkan di luar negara".

Katanya, pelajar di IAT juga diberikan pendedahan dalam mempelajari cara-cara membuat dakwat daripada bahan-bahan tersebut.

"Dakwat tradisional untuk menulis seni khat ini kebiasaannya disimpan di dalam bekas khas dengan dimasukkan benang sutera kasar atau span ke dalamnya.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mata pen daripada cepat rosak dan juga mengelak dakwat tersebut melekat terlalu banyak ketika menulis," katanya.

Tambah Mohd. Shafiq, cara pembuatan dakwat yang dihasilkan daripada kulit buah delima adalah dengan membakar kulit buah delima masam sehingga menjadi arang.

Ia kemudiannya dicampur dengan susu cair dan gam Arab cair yang boleh didapati di mana-mana kedai.
"Seterusnya, ia dijadikan beberapa ketulan kecil dan dikeringkan di tempat teduh sebelum boleh digunakan.
"Gam Arab adalah ramuan wajib digunakan dalam proses membuat dakwat tradisional ini yang bertujuan untuk menjadikan dakwat tersebut melekat pada permukaan yang hendak ditulis," katanya.




Katanya, bagi menghasilkan dakwat berwarna merah, jenis buah yang boleh digunakan ialah buah manjakani atau buah keras.

Buah berkenaan, katanya, perlu ditumbuk atau dikisar sebelum dicampurkan dengan air mawar.
"Kemudian adunan ini dijemur di bawah panas matahari selama 40 hari sebelum dimasak dengan api yang kecil sehingga mengeluarkan cecair berwarna merah.

"Ia kemudian ditapis sebelum dicampur dengan gam Arab dan ditapis buat kali kedua sebelum boleh digunakan," katanya.

Beras yang dijadikan nasi dan merupakan makanan ruji penduduk Asia juga mampu menghasilkan dakwat berwarna coklat tua jika diadun dengan cara yang betul.
Katanya, beras perlu dikeringkan dan digoreng sehingga bertukar warna hitam sebelum ditambah dengan air dan gam Arab.

"Jangan tidak tahu pula, jelaga juga mampu dijadikan dakwat apabila dicampurkan dengan air, garam, gam Arab, buah keras, sulfat besi dan sedikit madu.
"Kesemua bahan tersebut kecuali jelaga, perlu dimasukkan ke dalam periuk di atas api kecil dan dikacau sehingga dua jam," katanya.

Tambah beliau, bahan-bahan berkenaan kemudian ditapis dengan kain jarang dan sebelum ditambah dengan jelaga itu, ia perlu dimasak selama setengah jam.
Katanya, apabila sudah masak, ia sekali lagi perlu ditapis dan dimasukkan ke dalam botol sebelum digunakan untuk menulis seni khat.

"Namun, faktor kepayahan pembuatannya menyebabkan penggemar seni khat tidak lagi menggunakan dakwat tradisional dalam menghasilkan karya masing-masing.
"Selain tidak mampu bertahan lama di permukaan yang ditulis, ia juga perlu dibuat dengan cara yang betul dengan berpandukan kepada sukatan yang diberikan," katanya.
Kini, katanya, penciptaan dakwat pelbagai jenama di pasaran dengan pelbagai kualiti tidak memungkinkan penulis seni khat menggunakan dakwat tradisional ini lagi.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui kulit buah delima boleh dijadikan dakwat yang lebih bermutu tinggi, mungkin ramai penggemar buah delima akan berfikir dua kali sebelum mencampakkan kulit buah berkenaan seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya.


sumber dari: kosmo.com.my

Thursday, 13 June 2013

Bubur Lambuk Kak Ida




img_32021


Bahan2 :
  • Beras secukupnya
  • minyak utk menumis
  • Bwg putih cincang *
  • Bwg besar cincang*
  • Halia diketuk*
  • 1 kulit kayu manis*
  • 3-4 biji buah pelaga*
  • 3-4 bunga cengkih*
  • 1-2 bunga lawang*
  • 1 sudu kecil halba*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 1 sudu besar serbuk dashi/kiub ayam
  • daging dihiris nipis
  • segenggam udang kering
  • 1 helai daun pandan diikat
  • santan secukupnya
  • garam secukupnya
  • lada sulah secukupnya
  • daun2 yg dihiris halus (saya guna daun kunyit,daun kesum,daun basil,daun limau purut,daun ayah Aiman beli yg x tau namanya…apa2 daun pun boleh)
Caranya :
  1. Rebuskan beras dan daging dgn air secukupnya. Msk hingga lembut
  2. Dalam kuali lain,tumiskan bhn2 bertanda *
  3. Kemudian masukkan bhn2 (2) ke dlm (1)
  4. Masukkan semua bahan2 yg lain..msk hingga empuk.Sedia utk dimakan.Boleh la taburkan bwg goreng,celery..


sumber dari: ida81.wordpress.com

Kamu pernah makan Telur Pindang ?






rebus berhari-hari
dengan pelbagai herba dan daun
antaranya .. halia , lengkuas , kulit kayu manis , serai , cengkih , pelaga
daun manggis , daun senduduk , daun jambu batu
( maklumat di Gugel di Wikipedia )
( sebab bila tanya Ibu saya .. dia kata.. macam-macam dia letak .. dan saya lupa apa ‘ macam-macam ‘ itu  )


sumber dari: drsingapunyablog.wordpress.com

Saturday, 14 January 2012

khasiat ubatan bunga cengkih



Buah: Dibuat ubat dalaman bersifat afrodisiak,mengetatkan vagina,meningkatkan selera,merawat mulas perut,dan kembung angin.

Kudup Bunga: Sebagai antiemetik, antimual, antispasma, tonik, tonik perut, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, menurunkan panas badan, merangsang penghadaman; membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, untuk merawat cirit, kolera, mulas perut, nafas berbau busuk, penyakit saluran darah, sakit kepala, sakit gigi, dan wanita selepas bersalin, ubat pupuk digunakan pada gigitan serangga, kurap, dan luka. Dekokasi cengkih dan kayu manis diminum untuk merawat demam panas. Infusi diminum untuk merawat gout, masalah usus, dan pembuangan air besar.

Kandungan: Semua bahagian pokok –minyak esen, (paling biasa diekstrak daripada kudup cengkih kering).

Kudup Bunga Kering: 15-17% minyak esen, dan 18-22% oleoresin. Tangkai bunga mengandungi lebih kurang 6% minyak esen.

Friday, 13 January 2012

pokok cengkih berbunga



minuman herba cengkih






Enak, Manis, Tidak Pahit dan Tidak Kelat!

Rebusan Minum Herba ini adalah campuran herba seperti Lada Hitam, Ginger, Cengkih, Kayu Manis, Serai, Daun Pandan, Gula Kabung dan lain lain lagi amat berkhasiat untuk memecahkan angin dan lemak dan memanaskan badan. 
Minuman ini mempunyai rasa yang enak dan menyelerakan.
Rebusan Minuman ini akan di masak dan di bekalkan di dalam bekas 1 liter.
Boleh di simpan di dalam peti ais selama 1 minggu.
Di hangatkan sebelum di minum.









lalat pun tak suka cengkih




Masukkan air panas ke dalam gelas sebanyak 1/4 gelas lalu masukkan 8 cengkih kering atau lebih. Letakkan di dekat makanan atau minuman yang tidak ingin di hinggapi lalat.
Lalat tidak akan berani mendekati di sekitar air cengkih tadi.
Semoga berjaya.....

cengkih halau semut


image


1- bungkuskan bunga cengkih dlm tisu dan dah confirm baunya akan kuar kan ? time tgh bungkuskan tu semut2 tu dah ngintip kita dan ada jgak yg dah larik awal2 hahaa
2-masukkan jelah bungkusan tu dalam balang tu, dan kalau nak best wat lah jalan guna pensel atau straw nak buat penghujungnya ke api dapur pun boleh .. hahahaa kejam kejam
3- utk laptop (pastikan bukan screen saver ye) letak je atas speaker atau tepi2 laptop tu sebijik dua ( bijik ek ?) haha time tu terdengar suara2 kecil meminta tolong .. hahahaha

ni bunga cengkih nya


image

ubat gigi ber cengkih

Ubat Gigi dengan Bunga Lawang & Cengkih

  • Mengandungi Agen Pencegah Nafas berbau & Pudina

  • Melindungi dan menguatkan gigi yang mudah sensitif.

  • Mencegah plak kerosakan gigi.

  • Melindungi gigi daripada kaviti.
  • lagi khasiat cengkih

    

    Mengurangkan gatal dan mengecutkan jerawat di muka dan badan.
    Mengurangkan bau mulut.
    Menghilangkan nafas berbau.
    Menguatkan gigi, mencegah kerosakan dan mengharumkan nafas.
    Mempertahankan gigi dari gangguan ulat.
    Mata dapat melihat dengan baik.
    Jantung berdegup dengan baik menjamin kesihatan.
    Paru-paru dapat berfungsi dengan baik





    cengkih -sup tulang qurban

    kiriman email seorang teman......
    cubalah......


     
     
    Bahan-bahan untuk memasak resipi Sup Tulang Korban ialah:
    tulang fresh,
    rempah sup bunjut,
    serbuk rempah sup,
    kayu manis,
    buah pelaga,
    bunga cengkih,
    bunga lawang,
    air, garam,
    serbuk perasa,
    daun sup,
    daun bawang,
    bawang goreng,
    minyak untuk menumis dan
    bahan kisar---> halia, bawang putih & bawang merah.

     


    Langkah pertama, tenggekkan periuk, masukkan minyak dan tumis kayu manis ( sebatang saja), bunga lawang, bunga cengkih buah pelaga dan rempah sup bunjut.

    Kemudian, tumiskan pula bahan-bahan kisar tadi ya. Tumislah hingga garing sedikit.


    Buka peket kecil serbuk rempah sup dan gaulkan dengan sedikit air lalu ditumiskan ke dalam periuk dan kacau lagi hingga garing.


    Apabila sudah garing, masukkan air ya.
     

    Masukkan air lagi jika kuahnya sedikit ya.
     


    Masukkan pula tulang fresh itu.

    Jika masih kurang air, sila tambahkan air lagi dan rebuslah tulang fresh itu hingga empuk ya. Apabila sudah empuk, bolehlah dimasukkan garam dan serbuk perasa.
    Akhir sekali, padam api dapur.



    Semasa menghidangkan Sup Tulang Korban ini, sila taburkan dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng supaya rasa sup anda lebih meletop ya. Jika hendak pedas bolehlah direnjiskan lada hitam atau campakkan beberapa biji cili api.
     
    Kalau di Johor Bahru, masyarakat di sini biasanya makan sup seperti ini dengan Sambal Kicap.
    Ok lah...selamat mencuba.
     
    Wassalam.

    cengkih dijemur

    



    nampak tak ?
    

    acar darat ber cengkih

     


    Acar begini memang sesuai sangat dipadankan dengan nasi beriani atau pun nasi minyak yang dah tersedia berminyak. Walaupun acar ini ringkas tapi sedap, terasa udang keringnya dan rasa masam-masam manis tu buatkan selera makan bertambah-tambah.
    Bahan-Bahan:
     
    2 biji timun, kerat, belah 2, buang empulur dan hiris macam anak mancis *
    3/4 camca teh serbuk kunyit *
    1/2 camca teh garam* (*digaul rata)
    1 batang lobak merah, buang kulit, hiris dan potong macam anak mancis
    1 biji lada merah, belah dua, buang biji, hiris macam anak mancis
    1 biji lada hijau, belah dua, buang biji dan hiris macam anak mancis
    10 biji bawang merah, belah 2 setiap biji
    5 ulas bawang putih, belah 2 setiap biji
    1 inci halia, hiris halus
    1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
    1 batang kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    5 kuntum bunga cengkih
    1/3 cawan cuka makan
    sedikit biji sawi 
    gula dan garam secukup rasa


    Caranya:
    • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan biji sawi hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
    • Tambah gula (dalam 1/4 cawan), dan bila gula memekat, masukkan lobak merah, hirisan cili hijau dan merah, kacau hingga rata. Masak sekejap dan masukkan timun (toskan dahulu). Gaul hingga sebati. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
    • Masak hingga sedikit kering dan timun sedikit lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih...