khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Sunday, 27 April 2014
Nasi Limau Purut
Resepi dari Chef yang cukup popular dan juga adalah antara Chef yang menjadi kesayangan ita. Orangnya cantik manis dan ada tahi lalat pemanis di tepi hidungnya yang mancung bak seludang..
Sangat lemah lembut sekali tuan punya diri baik dari segi tutur kata dan perbuatan dan memang menjadi idola ita..
Chef yang ita maksudkan ialah Chef Zaidah Mohd Noor. Resepi, ita ambil dari buku masakan beliau Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul. Buku ini merupakan koleksi terbaik dari beliau dan menghimpunkan 1000 resepi yang perlu di cuba dan dirasa. Insyaallah ita akan cuba satu persatu kerana semuanya nampak sedap dan semestinya sedap sebagaimana resepi yang akan ita kongsikan ini.
Kepada yang suka masak2 tu bolehlah dapatkan senaskah buku ni sebagai koleksi kesayangan. Tak rugi beli buku masakan ni kerana ia adalah koleksi yang boleh di simpan turun temurun..
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau
Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.
sumber dari: azlitamasammanis.com/
Labels:
limau purut