khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 2 March 2012

gulai kunyit lengkuas





Bahan
 500 gm ikan aye/tongkol [potong setebal 3 cm]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 cawan air
2 s/b rempah gulai cap rose [rempah ni byk jual kat Tganu jer]
10 urat kacang panjang
1 labu bawang besar
5 tangkai ciliapi
3 keping asam gelugor
garam

Bahan Mesin
 
10 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
4 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara

1. Ikan dibersihkan dan rebuskan dengan 1 cawan air dan asam keping & garam sehingga mendideh.[Sebaiknya biarkan semalaman ]
2. Masukkan semua bahan kecuali santan dan masakkan sampai mendideh.
3. Bila mendideh baru masukkan santan dan sentiasa kacau supaya masakan tidak naik atau pecah minyak.
4. Rasakan garam dan tutup api.
5. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan limau dan juga ikan kering goreng. 



sumber dari: hanieliza.blogspot.com