khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 2 March 2012

lengkuas menyahbaukan ikan





Lengkuas adalah rizom yang sekeluarga dengan halia.
Lengkuas banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia sebagai bahan perasa dan rempah.
Ia digunakan seperti serbuk halia - ditumbuk atau dihancurkan.
Ia mempunyai rasa pedas seakan-akan halia dan lada.
Jika dibandingkan dengan halia, lengkuas mempunyai tekstur yang lebih kental dari halia segar dan kulit kurang berserat.
Lengkuas banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti gulai.
Ia mempunyai bau damar yang lembut, seakan-akan pokok pain.
Seperti halia, lengkuas adalah rempah yang sering digunakan untuk menyahbaukan ikan dan daging.