Seringkali pengambilan harian garam (sodium/natrium) melalui makanan kita jauh lebih tinggi daripada keperluan badan tanpa kita sedari. Ini amat bahaya terutamanya kepada orang yang berpenyakit darah tinggi (hipertensi).
Kenapa ini selalu terjadi? jawapan yang mudah ialah kerana kandungan garam (sodium/natrium) yang tinggi dalam makanan terutamanya makanan segera atau makanan yang telah diproses atau makanan yang diawet. Ini dinamakan garam yang tersembunyi yang seringkali kita terlepas pandang. Semasa membeli makanan, baca dulu jumlah kandungan garam (sodium/natrium) yang dinyatakan dalam makanan tersebut, dan untuk kesihatan pilih makanan yang kurang jumlah kandungan garamnya.
Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati dan sebagai peringatan mari kita kenal pasti makanan yang selalunya mempunyai kandungan garam yang tinggi yang harus dijauhi serta petua-petua untuk mengatasinya.
sumber dari: sitik.wordpress.com