khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 22 November 2013

garam buluh vs garam biasa






Apa itu garam biasa?
- Garam biasa adalah garam harian yang kita biasa gunakan untuk memasak. Yang mana garam ini boleh didapati di mana-mana giant, tesco atau kedai apek.

Apa itu garam buluh?
- Garam buluh adalah garam yang dimasak didalam buluh dengan menggunakan proses tertentu untuk membuang toksin & kesan pencemaran serta bertujuan meningkatkan kandungan mineral dalam garam

Garam Biasa - Garam buatan zaman moden mengandungi 99% Natrium Klorida dan bersifat ASID dan banyak menggunakan aditif akibat proses pengilangan dan mengandungi bahan kimia.

Garam Buluh - Garam yang di masak di dalam buluh secara berulang kali dan ditutupi dengan tanah liat dan di bakar menggunakan pokok pine pada suhu 1000 degree dan akan menghasilkan cecair dan ketulan bernama garam buluh dan ianya bersifat Alkali.

Garam biasa sekarang bukan lagi sama seperti zaman nenek moyang kita dahulu, garam sekarang diproses dari sumber yang terdedah kepada pencemaran & mengandungi banyak bahan kimia. Tambahan pula, garam biasa bersifat asid yang mana tidak memberi sebarang faedah kepada badan kita.

Garam buluh pula bersifat Alkali sebagai agen anti-pengoksidaan di dalam badan, membantu meningkatkan kandungan mineral di dalam badan dan membantu penyerapan zat-zat mineral di dalam badan. Tambahan pula garam buluh tinggi dengan kandungan Magnesium (Magnesium sangat bagus untuk badan) beserta dengan 80 jenis mineral baik untuk badan manusia (Mengikut laporan makmal).

Selain itu, garam buluh juga boleh;

  • Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan.



sumber dari: wanafzan.com