Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi (lebih tinggi dari pisang),
kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang diserap tubuh
serta-merta. Ini berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang
mengadungi sukrosa (disaccharide) sebagai kandungan asasnya. Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Oleh yang demikian, makanlah kurma
ketika berbuka puasa kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera,
dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung
dalam kebanyakkan makanan berlemak yang terdapat di Bazaar Ramadhan.
Minum juga bersama dengan minuman protein whey sekiranya anda ingin
meminimakan penurunan otot sepanjang bulan puasa, kemudian solat
manghrib dahulu. Sentuhlah makanan yang lemak dan “berat” hanya sesudah
anda selesai solat maghrib.
Tetapi masalahnya, berapa ramai yang
mengikut peraturan ini di Malaysia? Berapa ramai yang berbuka dengan
makanan yang paling ringkas dahulu sebelum menjamah sesuatu yang berat
kemudiannya?
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“
Hadis riwayat Ahmad
sumber dari: sususejat.com