Kita memakan kurma tanpa perlu membuang
kulitnya dan ini unik kerana jangan tak tahu, pada kulitnya itulah
terkandung serat. Benar, kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya
dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Sekagi lagi, aku ingin
membandingkan kurma dengan pisang.
Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat
yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat
sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Ini amat
baik untuk sistem pelawasan.
Selain mengandungi vitamin A dan C (tak
banyak, tetapi signifikan), kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat
galian yang lain. Potassium (zat galian) adalah elektrolit yang akan
menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita
kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli
100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka,
memadai sahaja dengan beberapa biji kurma dan air suam. Selain itu,
Potassium juga membantu dalam kontraksi otot (termasuk otot jantung) dan
memelihara sistem saraf.
sumber dari: sususejat.com