khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Monday, 27 February 2012

tempe goreng berempah



Tempe Goreng Rempah


BAHAN-BAHANNYA :-)

2 paket tempe (yang bungkus dalam plastik)
2 camca besar tepung jagung
Sedikit air
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 camca teh ketumbah biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan manis*
15 biji lada hitam*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe, dikerat dua dan hiris nipis. Gaul kan dengan semua bahan2 diatas hingga rata kecuali air. Tuang sedikit air dan gaul hingga bahan2 menyaluti tempe tadi.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng tempe dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Jangan goreng terlalu banyak untuk sekali gorengan.
  3. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sambal kicap atau cili sos......


sumber dari: www.tiffinbiru.com