khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday, 8 February 2012

nasi lemak halba



P1230916


BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan beras basmathi, rendam 2 jam
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, dititik
1 batang serai, dititik
1 inci halis, hiris
3/4 camca teh fenugreek @ halba
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras tadi dan masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan bawang, serai, bawang putih dan halba, kacau rata. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukupnya. Letak daun padan dan masak seperti biasa hingga nasi tanak.
  2. Gemburkan perlahan, tapi jangan gaul banyak kali, nanti beras patah2. Boleh hidangkan bersama sambal tumis, timun, telur dan bahan sampingan lain...