khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 10 February 2012

menanam ketumbar



Ketumbar adalah dari keluarga parsley. Daunnya mempunyai rasa herba (rempah) yang kuat dan enak dimasak dalam sup daging. Anda boleh tanam sendiri menggunakan biji ketumbar.

Cara Menanam
Semai biji terus ke dalam tanah atau ke dalam pasu/bekas, sedalam 1.5 hingga 3cm. Jika ditanam atas tanah, jarakkan kira-kira 15 cm (6 inci). Biji akan tumbuh dalam masa 2 hari. Apabila tumbuh, siram selalu untuk mengelakkan tumbuhan dari berbunga ketika pokok masih muda (bolting) tetapi jangan sampai tanah berair kerana ini boleh menyebabkan akat reput. Jika berbunga (bolting) saiz daun tidak akan besar.
Jika anda dibiarkan tanpa memotong, pokok akan tumbuh sehingga hampir 1 meter dengan bunga bewarna putih.





Menuai
Potong daun bahagian bawah dan biarkan pokok terus tumbuh. Anda juga boleh cabut seluruh pokok jika tidak mahu biarkan pokok terus tumbuh. Bahagian akar juga boleh dimakan. Sekiranya pokok berbunga, petik biji sebelum ia luruh ke tanah.