Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia ( kekurangan zat besi ), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid ), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ), kesuburan ( fertility ), menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite ) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative ).Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah.
Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.
Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi ( perfume ) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.
Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut ( desert ). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.