khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday, 26 February 2012

saffron -khazanah alam termahal





Saffron adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan kelopak daun yang berwarna unggu.

Adalah sangat menarik diketahui , hanya lima hingga tujuh kilogram Saffron kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.

Saffron tergolong antara khazanah alam yang termahal didunia. Saffron mengandungi khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian sains membuktikan bahawa saffron berpotensi digunakan sebagai salah satu elemen penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Saffron bukan sahaja dapat mencerahkan kulit sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah dan sihat, Saffron adalah jawapannya.

Bagi ibu-ibu mengandung , Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.