Namun Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia mengarahkan semua ahlinya menghentikan penggunaan kas-kas sebagai salah satu resepi masakan jika benar-benar ada bukti termasuk bukti saintifik bahawa bahan itu boleh membawa ketagihan. Presidennya, Syed Jamarulkhan Kader. berkata tanpa herba kas-kas sekali pun, masih ada alternatif untuk menyedapkan masakan seperti gajus dan badam tetapi harganya agak mahal. “Cuma dari aspek masakan. kas-kas adalah antara yang terbaik kerana ia mem-bolehkan masakan seperti kari atau kurma tidak cepat basi berbanding gajus atau badam.” katanya kepada Berita Minggu. Malah sekiranya satu periuk besar kari dimasak sejak jam 8 pagi, ia tidak menjadi basi walaupun sehingga jam 3 petang. Sebagai seorang peniaga dalam industri makanan, sudah semestinya mencari alternatif terbaik bagi menentukan masakan itu tahan lama, sedap dan harga berpatutan.
Beliau hairan mengapa orang luar hanya tahu bising-bising tanpa menyelidik apa itu kas-kas atau datangnya dari mana atau pernah meiihat secara lebih dekat. Kas-kas atau nama saintifiknya ‘Papaver somniferum’ ha-nyalah tumbuhan perasa (rempah) berbentuk biji halus yang terkenal di India.”Penggunaan kas-kas sama seperti kayu manis, ketumbar. buah pelaga, jintan manis dan pelbagai herba lain yang sering digunakan dalam masakan tradisional India yang mula diperkenalkan sejak lebih 1,000 tahun lalu. Setahu saya, penggunaan kas-kas berlebihan dalam masakan hanya menyebabkan rasa pahit dan bukannya gian atau khayal.” katanya.
Malah, kas-kas perlu digiling terlebih dulu sebelum digaul bersama masakan. Ia hanya memberikan kesan aroma, pekat dan lemak sekiranya diletakkan dalam kuantiti berpatutan. Cuma bagi mereka yang berminat untuk memastikan kas-kas itu boleh mendatangkan khayal, bolehlah cuba makan kas-kas sebanyak satu kilogram secara terus. Tetapi adakah sesiapa yang sanggup? Sama seperti makan ajinomoto dengan kuantiti yang besar secara terus, adakah anda sanggup berbuat demikian.
Bagi menyokong pendapatnya, pakar botani Universiti Malaya (UM) dan saintis tempatan, Prof Dr Mohamed Abdul Majid sendiri sudah mengeluarkan pendapat berhubung biji popi tidak mengandungi bahan narkotik kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya, hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya. Malah, opium adalah getah kering dari biji yang belum masak. Popi pula dihasilkan daripada biji yang sudah masak. yang tidak mengandungi bahan kimia narkotik. Jadi penggunaan biji popi adalah tidak berbahaya kerana kandungan alkaloid adalah sangat kecil. kira-kira 50 bahagian tiap sejuta. Jadi kenyataan media yang menyebut penggunaan kas-kas sebagai ramuan dalam masakan adalah satu kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan boleh dikenakan tindakan termasuk penjara oleh Timbalan Menteri Kesihatan. Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad perlu diperbetulkan.
“Bukan kas-kas tetapi bahan perangsang yang disyaki dibubuh dalam makanan, itu sememangnya salah. Jadi fakta perlu diperbetulkan supaya t idak ada salah faham di kalangan masyarakat umum. “Saya tidak faham mengapa isu penggunaan kas-kas dalam masakan ditimbulkan. malah ada yang sangsi sejauh manakah selamatnya makanan seperti kari dan kurma daging yang memperlihatkan penggunaan biji kas-kas menjadi resipi utama sebagai senjata membangkitkan selera pelanggan,” katanya.
Syed Jamarulkhan mahu masyarakat faham bahawa penggunaan kas-kas bukan saja tertakluk kepada masyarakat India Muslim tetapi digunakan secara meluas di kalangan masyarakat Melayu dan bangsa lain.
“Saya faham Ahli Parlimen mempunyai hak bersuara atau membangkitkan sesuatu isu, tetapi mereka juga harus faham, isu yang dibangkitkan itu perlu ada manfaat untuk rakyat. “Jangan main hentam-keromo dan mencetuskan pandangan negatif kepada sesuatu pihak. Ini yang tidak betul kerana India Muslim sudah lama bertapak di Malaysia. Malah sudah tiga empat generasi dibentuk dan menjadi rakyat Malaysia,” ujarnya.
Perlu diingatkan, Presma tidak mempunyai apa-apa niat selain untuk mencari rezeki di tanah bertuah ini. Tanpa golongan mamak, siapa lagi yang memberi saingan dalam bentuk ekonomi. Bayangkan. seseorang yang mengunjungi Malaysia boleh berbelanja dengan RM2 saja untuk kenyang perut saja, kalau bukan di restoran mamak ini. Mana ada dalam dunia ini, anda boleh berbelanja sebegitu murah semata-mata untuk berlapik perut.
Sumber Berita : Berita Harian, 2005-07-10,