khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 11 February 2012

nasi goreng ketumbar





Bahan-bahan 

2 cwn nasi putih
1 sdb cili padi kisar
1 sdb bawang kisar
*2 ulas bawang putih
*2 pokok daun ketumbar
3 biji cendawan butang (Hiris nipis)
1 btg carrot (Potong ikut suka)
4 btg putik jagung (Potong bulat)
3 sdb jagung tin
Daging sebesar tapak tangan (Hiris nipis dan kecil)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis (Lg sedap klu guna olive oil)
Sedikit sos lada hitam

Cara-cara

*Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat.

Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk hingga wangi, masukkan cili padi kisar dan bawang kisar, kacau sebati hingga agak garing.

Masukkan daging dan biarkan daging empuk.

Masukkan garam dan sos lada hitam.

Masukkan semua jenis sayur dan kacau sebati tp jgn biar sayur lecur.

Masukkan jagung tin dan nasi. Kacau lagi hingga betul-betul sebati.

Hidangkan panas dgn timun dan salad (Jika suka)