khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 10 February 2012

ayam ketumbar





Bahan:

1/2 ekor ayam dipotong kecil.
2 biji bawang besar dihiris*
2 ulas bawang putih *
6 biji cili api *
2 batang serai
2cm halia dipotong julien halus
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar cajun
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus lemon
1 cawan air
garam secukupnya
beberapa batang baby carrot
1 biji tomato dibuang bijinya dan didadu kasar

-Tumbuk cili api hingga lumat. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumbuk kasar.
-Serai dipotong anggaran satu inci dan ditumbuk kasar.
-Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk dan halia sehingga wangi. Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar dan cajun. Gaul rata.
-Masukkan ayam. Goreng sebentar sehingga berubah warna. Tambah sos tiram dan sedikit garam. Gaul lagi dan masukkan pula air.
-Masak sehingga kuah pekat. Masukkan baby carrot dan jus lemon.
-Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan tomato. Gaul rata.


sumber dari:resipiibundo.blogspot.com