khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Monday, 6 August 2012

pokok zaitun






Minyak Zaitun, telah digunakan kaum Arab dan kaum Mediteranean dari zaman dulu lagi. Mereka gunakan untuk perubatan, kosmetik, kesihatan, pemakanan dan upacara keagamaan. Pokok Zaitun liar mula ditanam secara komersil sejak 6,000 tahun oleh kaum Arab Sham ( Syria ). Kemudiannya diperkenalkan oleh pelayar Syria (Arab Phonecian) di Sepanyol, Rom dan Greece persekitaran 3,000 tahun dulu.

Terma bahasa Sepanyol untuk minyak ialah “Aceite” yang dipinjam dari bahasa Arab “Az-Zeit”. Pokok Zaitun mereka namakan “Aceituna” dan minyak Zaitun sebagai “Aceite de Oliva”. Semua kitab, iaitu Torat, Zabur, Injil dan Al-Qoran ada menyebut mengenai Pohon Zaitun.

Pohon Zaitun boleh hidup zaman-berzaman sehingga 1,500 tahun atau lebih. Penanaman zaitun terbesar di dunia kini adalah Sepanyol, iaitu 300juta pohon. Daerah tanaman Zaitun terbesar adalah di Andalucia yang dimulakan oleh kaum Arab di zaman Sahabat Rasulullah dan Tabiin. Namun begitu, antara minyak Zaitun yang terbaik mutunya datang dari Syria dan Turki dan di export semula oleh Italy dan Greece dengan brand mereka sendiri.

Proses Mendapatkan Minyak Zaitun

Ia adalah minyak cold-press, iaitu tidak menggunakan haba untuk mendapatkan minyaknya dari buah. Ini bermakna, minyak ini amat sihat digunakan dalam penyediaan makanan. Buah zaitun dikutip dengan tangan dan kemudiannya dicincang halus dan ditekan oleh mesin.


Kemudian untuk mengeluarkan minyak zaitun dari bahan tercincang ini, mereka akan masukkan dalam mesin yang berpusing laju ( CENTRIFUGAL FORCE ). Gred Minyak Zaitun biasanya ada 3. Extra Virgin, Refined ( mixed extra + refined ) dan Regular/Pure.




sumber dari: malaysiaku.com