khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Sunday, 5 August 2012

keistimewaan buah zaitun







“Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini membuktikan yang buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri.
Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti kurma, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada semua ummah.
Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Ianya tumbuh hanya di kawasan Mediteranean dan sekitar 3 meter tingginya sahaja. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D. E. K dan zat besi.
Kajian – kajian sains moden telah mengiktiraf khasiat buah zaitun sebagai mempunyai nilai yang tinggi yang berkhasiat dalam bidang perubatan. Ia mempunyai berbagai kelebihan jika diambil sebagai makanan kerana ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Dan sebagai sebagai sapuan luaran, ia bertindak pengubat bagi penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis dan dapat melembutkan dan melembapkan kulit.
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.
Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang menatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyebabkan arteri jantung tersumbat, penyebab utama serangan sakit jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan sakit jantung adalah amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa Minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun and mengeluarkan cacing.
Produk – produk dari Minyak Zaitun :
  • Sabun Zaitun
  • Extra Virgin Olive Oil
  • Olive Oil
  • Olive Oil Spray


sumber dari: annalavenda.blogspot.com