khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 4 August 2012

buah tin memberi kekuatan minda







Buah Tin telah diiktiraf oleh pakar perubatan sebagai buah yang bermanafaat untuk mencegah barah. Kajian oleh sekumpulan penyelidik perubatan dari Qatar mendapati buah Tin mengandungi zat enzyaldehyde yang berupaya melawan sel-sel kanser selain kaya dengan potassium dan kalsium.

Walaupun mempunyai rasanya agak manis, buah yang banyak didapati di negara2 Arab ini dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam tubuh, menguatkan jantung dan menormalkan sistem pernafasan.

Selain itu, buah Tin juga bermanafaat untuk melawas pembuangan air besar, mudah dicerna oleh alat pencernaan dan bagus untuk organ limpa serta hati manusia. Juga berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol, mengatasi angin ahmar, penyakit gout serta kencing manis.

Info sihat ini dikongsi melalui pembacaan dari ruangan "Gizi Sihat" Majalah Harmoni, tulisan Zalifah Abdullah.

Dari kajian penyelidik lain pula mendapati buah Tin atau nama saintifiknya Ficus Carica, mempunyai keistimewaan membantu mengubati penyakit katarak mata serta masalah jangkitan hidung dan tekak serta sangat baik kepada sistem penghadaman tubuh kerana ia seumpama julap yang mempercepatkan proses penghadaman.

Informasi mengenai keistimewaan dan khasiat buah Tin juga telah disampaikan oleh Ustazah Dr. Fatma Elzahraa. Beliau menyatakan bahawa Ad-Tin, memberi kekuatan tenaga, kekuatan minda dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain buah Tin, kekuatan dan khasiat buah kurma, kismis, zaitun dan delima adalah antara buah buahan yang diceritakan di dalam Al-Quran. Oleh yang demikian.. jangan lepaskan dan abaikan keistimewaan2 khasiat buah2 tersebut yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai penawar yang dapat membantu mengubati pelbagai penyakit. Wallahua`lam..

Didalam Surah Al-Tin, surah yang ke 95, mempunyai 8 bilangan ayat dan diwahyukan di Makkah ini, Allah s.w.t. bersumpah dengan dua jenis buah-buahan iaitu buah Tin dan buah Zaitun yang penuh berkat dan 2 tempat yang terhormat, bukit Tursina dan Kota Makkah. Juga menerangkan tentang kemuliaan kejadian manusia dan sebab2 yang membawa kepada kehinaannya.


sumber dari: sofiahanie.multiply.com