khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 July 2012

cucur kucai ala raihan





Bahan-bahan Cucur Kucai:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
2 biji telur
2 sudu besar udang kering- rendam sebentar dan tumbuk halus
4 tangkai daun kucai dipotong 1 sm panjangnya
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 labu bawang besar dihiris nipis
sedikit serbuk kunyit
cili merah dihiris halus- jika suka
*** boleh tambah udang putih dipotong kecil atau ikan bilis ditumbuk jika suka
Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Gaul sebati dan rehatkan 15 minit.
Panaskan minyak untuk menggoreng.
Cedokkan adunan dengan sudu atau jemput dengan hujung jari ke dalam kuali.
Goreng hingga keemasan.
Angkat dan toskan minyaknya.
Gunting-gunting cucur dan hidangkan bersama kuah kacang (rojak)
Bahan kuah rojak:
1 cawan kacang tanah yang telah dikisar (telah disangrai dan dibuang kulit- dikisar)
2 cawan air
1/2 cawan cili kisar
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula.
Caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
Tambah air jika perlu.
Perlahankan api dan kacau kuah sentiasa hingga ianya pekat.
Rasa sedikit dan tambah garam dan gula jika perlu mengikut citarasa masing-masing.
Dah siap.




sumber dari: periuktanah,blogspot.com