khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 July 2012

bunga kucai berdaging ala thai



rsz_dsc_3872


BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ikat bunga kuchai (seperti dalam gambar di atas)
300 gram daging batang pinang
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1 inci halia muda, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
8 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar pes tomyam
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit sos ikan jika perlu (mat tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
Bunga kuchai, dicuci dan toskan hingga kering.
Kemudian kerat pendek kurang lebih 1 1/2 inci.
Daging batang pinang dihiris nipis, cuci dan tos.
Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali,
tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga harum,
masukkan sos tiram dan pes tomyam,
kacau rata dan masukkan daging,
kacau dan biar daging kecut sedikit.
Tuang sedikit air.
Masukkan tauhu dan gaul rata.
Tambah hirisan bawang besar,
bunga kuchai dan sedikit gula,
kacau rata dan masak sekejap hingga pekat.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit sos ikan.
Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat.



sumber dari: tiffinbiru.com