khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

pokok bunga lawang





Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok. Pokok ni mula berbuah pada usia 6 tahun dan boleh menjangkau sehingga 100 tahun. Buah-buah bunga lawang ni dikutip guna tangan dengan memanjat pokok tersebut selain mengutipnya dibawah pokok. Buah yang hijau tu bukannya keras tapi lembut malah boleh dikunyah. bunga lawang perlu dijemur dibawah sinar matahari, sebab tu yang sampai ditangan kita tu warnanya dah tak hijau. nama pun rempah, memang kena kering la kan :) .


Pokok ni dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Bila tengok cara proses menjemur bunga lawang ni, harus wajib la basuh elok2. Semua main pijak je. Maklum la bila pengeluaran besar-besaran ni. Kalau gred 3, harga dalam ringgit Malaysia untuk segenggam bunga lawang tu RM3. dan untuk gred 1, harganya 5 kali ganda gred 3 tu. yang sampai di pasaran kita gred berapa la agaknya ye..