Nama Saintifik: | Andrographis paniculata (Burn.f.) wall.ex Nees |
Penanaman: | Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Hempedu bumi boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 30 cm antara pokok dalam baris dan 30 cm antara baris. Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada minggu 8-10 selepas menanam dengan memotong pokok 5 cm dari aras tanah. Kadar pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 500 kg/ha baja sebatian NPK=10:10:10. Hanya 250 kg/ha baja semi-organik diperlukan untuk tanah aluvium. Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 1.0-1.5 t/ha |
Kegunaan: | Rawatan untuk kencing manis, darah tinggi. lelah, arteriosclerosis, sakit dada akibat sakit jantung, malaria, demam, merangsang aktiviti perut, tonik, memulihkan fungsi tubuh, kecacingan, patukan ular dan sengatan serangga berbisa. |