khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 14 January 2012

daging masak lemak cili padi





Ingredients:-

500g daging batang pinang-(beef)

2 batang serai-dititik-(lemon grass crushed)

20 biji cili padi-(bird eyes chillies)

3 biji kentang-(potatoes)

1/2 inci kunyit hidup-(1/2 inch fresh turmeric roots)

1-2 cawan santan pekat-(thick coconut milk)

1 cawan santan cair -(thin coconut milk)

1 helai daun kunyit-(turmeric leaf)

sedikit garam-(salt)

1/2 cawan air atau secukupnya-(1/2 cup water or to estimate)

1-2 asam keping- (Ayu tambah)



Method:-

Blend cili api, kunyit hidup sehingga halus. Kemudian masukkan bahan yang telah diblend, serai kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah air sedikit. Masak sehingga empuk. Jika daging telah empuk masukkan santan cair dan air tadi. kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit. Apablia ubi kentang telah empuk masukkan santan pekat dan garam. Tutup api.

Note:- Jikan hendak pedas dan lebih kick, tambah cili api. Ini adalah resepi original Negeri Sembilan. Kalau tak nak guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh. Boleh juga kalau nak gunakan daging salai. tetapi kena letak belimbing buluh baru power.-(Blend bird eyes chillies, turmeric roots till fine. Add blended ingredients, lemon grass into a pot. Add in beef and some water. Put to boil till beef is cooked. When cooked add in thin coconut milk and water. Add in potatoes and turmeric leaf. When potatoes are soft add in thick coconut milk and salt. Turn off heat.)