khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 13 January 2012

murtabak meggi lada hitam

Hari ni, tak tau apa yang merasuk, rasa macam nak masak something yang tak pernah buat. Tapi dengan bahan kat dapur pun tak de, aku macam tension satu hari ni. Google sana, search sini, masuk blog masak2, macam-macam rasa nak buat. Tapi MALAS nak keluar beli bahan. Akhirnya aku terjumpa resepi Murtabak Megi. Dah lama dah dengar pasal murtabak ni tapi tak pernah try. Jadi makan malam aku hari ni bersama Murtabak Megi.


Bahan:

Megi perasa kari (2 paket)
*Sayur-sayuran yang digemari (contoh carrot/sayur campur/kobis)
*Isi ayam atau daging cincang, udang atau hotdog (ikut suka hati)
*Bawang besar ikut suka banyak mana (dipotong dadu)
*Bawang putih ikut suka banyak mana (di potong dadu)
*Cili besar / cili padi (ikut suka)
Garam, lada hitam / lada sulah
Perisa kari Meggi (2 paket)
Telur 5-6 biji



Cara-cara:

1. Rebus megi
2. Goreng sekejap bahan2 bertanda *





3. Pukul telur. Masukkan garam, lada hitam / lada sulah, perisa kari Megi





4. Masukkan inti dan megi tadi. Gaul hingga rata dan boleh goreng.
    Buat tebal-tebal macam murtabak.