khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 3 August 2012

pokok buah tin marang





Pokok Buah Tin ( Buah Ara ) yang hidup subur di depan Masjid Rusila, Marang, Terengganu.





Pada tahun 2006 dilaporkan, dalam runtuhan sebuah desa prasejarah berdekatan Bandar Jericho, di Tebing Barat, para saintis telah menemui sisa-sisa buah Tin yang mereka dakwa sebagai buah yang paling awal ditanam sekitar 11.400 tahun yang lalu. Pokok ini dipercayai pokok buah-buahan pertama ditanam.





Berdasarkan spesimen-spesimen awetan itu yang menunjukkan bahawa pokok-pokok itu adalah jenis mutasi yang tidak dapat membiak dengan cara yang biasa, pakar-pakar telah memastikan bahawa pokok-pokok ara itu telah ditanam dengan sengaja dan oleh itu, ia merupakan tanaman manusia yang pertama. Dengan itu, gandum dan rai yang ditanam seribu tahun kemudian kini merupakan tanaman yang berikutnya.
Jenis-Jenis Buah Tin (buah Ara)

Ada empat jenis Buah Tin (buah ara) utama di pasaran. Calimyrna mempunyai kulit kuning kehijauan. Black Mission hampir hitam bila masak. Juga Kadota dan Smirna. Terdapat lebih dari 40 jenis buah Tin di dunia.



Smirna




Kadota



Black Mission





Calimyrna


Semestinya buah Tin mempunyai khasiat yang amat baik bagi kesihatan manusia. Buah ini kaya dengan serat dan pelbagai vitamin serta zat galian (mineral). Ia membantu mengimbangi tekanan darah, merendahkan kadar kolesterol, membantu mencapai berat badan seimbang, membantu mengatasi angin ahmar, mencegah kencing manis, gout, sembelit dan buasir serta memerangi barah.



sumber dari: syazwansafwan.com