khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 4 August 2012

buah tin buah bari-bari




Buah tin juga dipanggil buah bari-bari. Ronda dan roda lagi.......rajin meronda...jalan2 rumah kawan kepada kawan.....tak kisahlah........janji ramah dan rajin bercerita mengenai tumbuh tumbuhan.......seperti diawal tadi, buah tin ada yang panggil buah bari-bari......bermenafaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah penyakit penyakit tertentu.


Daun buah tin lebar serta rimbunan pohon dijadikan peneduh laman.


Perhatikan asakkan buah berebut rebut...berjuntaian memenuhi pangkal pokok,buah bewarna merah hampir masak ,perlahan lahan meginjak kehitaman...boleh terus dimakan.

Buah tin mengandungi serat yang tinggi dan amat manis. Makanan yang kaya dengan kalium serta serat mampu mengurangi berat badan.


Untuk penyakit kencing manis,serat yang terdapat didalam buah tin dapat memperlahan proses penyerapan glokosa diusus kecil. Glukosa dan fruktosa mampu mengawal kadar gula darah seseorang.
Makanlah buah tin..............makanan yang menjamin kesihatan dalam jangka panjang. Buah tin banyak terdapat dipasaran kita dalam bentuk kering kebiasaannya diimpot dari timur tengah.

Kepada tuan rumah terima kasih atas kemesraan. 



sumber dari: zulbahrihussin.blogspot.com