khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Monday 27 August 2012

minyak zaitun ekstrak dara





minyak zaitun ekstra dara adalah minyak yang diekstrak secara mekanikal dari buah zaitun segar.tiada haba atau bahan kimia digunakan dalam proses pengekstrakan.kandungan asid lemak bebasnya tidak melebihi 0.8%
minyak zaitun ekstra dara memberi banyak manfaat kepada kesihatan samaada anda mengunakannya dalam masakan atan dimakan mentah.

KELEBIHAN MINYAK ZAITUN EKSTRA DARA.
KANSER;minyak zaitun mengandungi asid oleic yang membantu mencegah kanser.minyak zaitun juga merupakan antioksida yang membantu mencegah pelbagai kanser(DENIS M.MEDDEIROS-pakar dietekik berdaftar).

PENYAKIT JANTUNG;minyak zaitun kaya dengan fenol.fenol adalah penting dalam rawatan penyakit jantung .(penyelidikan oleh M.FITO yang disiarkan dalam"ATERROSKLEROSIS pada tahun 2005)

DIABETIS;penggunaan minyak zaitun extra virgin sebagai sumber lemak adalah bagus bagi pesakit diabetes atau mereka yang berisiko untuk diabetes(JA PANIAGUA dan rakan rakan pada tahun 2007 dalam jurnal "RAWATAN DIABETES")

TEKANAN DARAH;penggunaan minyak zaitun dalam diet harian mampu mengawal tekanan darah(MAJLIS MINYAK ZAITUN ANTARABANGSA)

SISTEM PERTAHANAN BADAN;lemak mono tak tepu didalam minyak zaitun extra dara membantu mengukuhkan sistem imun terhadap serangan luar seperti virus atau bakteria.asid lemak berfaedah juga boleh membantu mengawal proses utama sistem imum secara keseluruhan.

KESIHATAN KULIT;minyak zaitun mengandungi vitamin E yang berfungsi memastikan kulit lembut anjal dan kuat.asid oleic dalam minyak zaitun juga memainkan peranan dalam mencegah kanser kulit.

NILAI NILAI NUTRISI;mengandungi vitamin E ,K dan A dan beratus ratus mikronutrien yang menjadikan penggunaan minyak zaitun sebagai pilihan.


sumber dari: amboi.com.my