Nama Saintifik: Ocimum basilicum Linn
Penanaman: Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan anak benih. Selasih boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 30 cm antara pokok dalam baris dan 60 cm antara baris. Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada minggu ke-12 selepas menanam dengan memotong pokok dari 15-20 cm pada aras tanah. Kadar pembajaan yang diperlukan ialah 1.7 t/ha NPK (15:15:15) dan 240 kg/ha baja N. Potensi hasil adalah dalam lingkungan 50 t/ha.
Kegunaan: Rawatan untuk gatal gatal pada tekak, bertindak sebagai perangsang, pelawas kencing, mengeluarkan peluh, merawat sakit kepala, masalah pembuangan air besar bagi kanak-kanak, kurap, batuk, rawatan selepas bersalin, demam panas dan asma.

Biji selasih banyak digunakan sebagai campuran dalam air sirap.