khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 17 December 2011

kulit limau hindari ular

 



Masyarakat kampung selalunya menjadikan buah limau purut sebagai bahan menghindarkan ular dari masuk ke dalam rumah. Caranya ialah dengan menaburkan kulit limau purut di tempat2 yang dipercayai selalu dimasuki ular... *nauzubillah*

Selain itu, limau purut juga baik untuk atasi masalah kelemumur dan rambut kering. Caranya, hiriskan limau kemudian dilumur dan disentalkan di kulit kepala. Biarkan sehingga kering baru dibilas dengan air bersih.
Ada juga yang mencampurkan perahan air limau purut ini dengan sedikit santan sebelum dilumur di kepala. Seelok-eloknya dilakukan seminggu sekali. Rambut kita InsyaAllah akan jadi hitam, lebat dan terhindar dari keguguran.