khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday, 17 December 2011

kulit limau ubati ketagihan

Assalammu’laikum wbt kepada sidang pembaca sekalian.
Masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di dunia kini semakin berleluasa.
Masalah ini merupakan virus yang amat dasyat yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara. Penulis telah mendapat suatu petua daripada seorang hamba Allah yang mendapat alamat ini berdasarkan mimpinya.

Namun demikian, tidak ada salahnya mencuba petua ini.
Namun perlulah bertawakkal sepenuh hati dan ikhlas dan berazam tidak lagi menyentuh benda2 yang diharamkan oleh agama. Petua ini pernah diberikan kepada seorang rakan kepada hamba Allah tersebut dan terbukti nafsunya terhadap dadah, rokok dan alkohol sudah tiada lagi seperti sebelumnya, insyaAllah…









Cara penyediannya:

1. Kulit limau purut dipisahkan daripada isinya dan dikeringkan di bawah sinaran matahari sekering-keringnya.
2. Kemudian, kulit yang telah dikeringkan ini direbus dan air rebusan tersebut diminum.
3. Sebelum meminum air rebusan ini, bacalah ayat seribu dinar disertai dengan keyakinan sepenuh hati akan pertolongan Allah, dan bertawakkal bahawa Allah akan memberikan kesembuhan atas ketagihan itu.
4. Amalkan meminum air ini setiap hari sebaik sahaja bangun dari tidur.
5. Amalkan sehingga sembuh.


Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit bersama dengan ubatnya kecuali mati. Selamat mencuba.