khazanah alam
dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....
Friday, 23 December 2011
kantan untuk wanita bersalin
Bunga kantan mengandungi khasiat yang agak sederhana. Dalam setiap 100g (gram) bahagian yang boleh dimakan mengandung air 89.2g, protein 1.6g, lemak 1.3g, karbohidrat 5.5g, serat 1.4g, kalsium 55mg, fosforus 11mg, ferum 3.4mg, natrium 11mg, kalium 453mg, vitamin B1 0.02mg, niasin 0.2mg dan vitamin C 14mg. Tumbuhan ini juga banyak mengandungi bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.
Sungguhpun bunga kantan banyak digunakan untuk tujuan masakan, namun ia dikatakan turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bunga pokok kantan ini boleh digunakan untuk tujuan mengawet muda. Pokoknya juga dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin. Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih dan apabila air ini telah sejuk, gunakan sebagai air mandian.
Biji pokok kantan pula dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta menghilangkan rasa kurang bermaya. Caranya ialah dengan menumbuk biji pokok kantan ini sehingga lumat. Tos biji untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Minumlah air ini pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.
Labels:
kantan