khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 17 December 2011

aroma daun limau purut

Daun limau purut memberikan rasa dan aroma limau dan lemon yang unik. Warnanya hijau gelap dengan permukaan yang berkilat. Ia berbentuk seakan-akan dalam dua bahagian: bahagian atas daun mempunyai hujung yang tajam dan bersambung dengan sehelai daun lagi yang mempunyai ruang yang lebih luas di bahagian atasnya.

Dalam masakan sup, gunakan daun ini secara bentuk asal atau koyakkan ke beberapa bahagian, sama seperti penggunaan daun bay dalam masakan stew atau reneh. Daun limau purut kering yang dipotong halus atau dihancurkan, digunakan di dalam masakan Tom Yam, goreng dan kari, terutamanya yang mengandungi santan kelapa.



limau-purut