khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 23 December 2011

kantan kuatkan tenaga batin






Bagi mereka yang mengalami masalah sakit telinga, bunga kantan dikatakan boleh digunakan untuk menghilangkan masalah ini. Caranya ialah dengan merebus buah kantan selama beberapa minit. Selepas airnya disejukkan, titikkan air tersebut ke dalam telinga.
Dikatakan jika diamalkan selalu, bukan sahaja setakat melegakan kesakitan akibat bengkak, malah mampu mengatasi masalah telinga berair. Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.
Selain itu, buah kantan juga dikatakan mampu digunakan untuk menguatkan tenaga batin bagi lelaki. Dikatakan buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya kerana tanpa sukatan yang betul badan anda akan terasa kepanasan dan mungkin menimbulkan masalah lain.
Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok dan bunga kantan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat khidmat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.