khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 23 December 2011

kantan penyedap masakan




Bunga kantan adalah antara salah satu bahan penyedap dalam masakan terutamanya untuk hidangan laksa, asam pedas dan nasi kerabu. Tujuan utama bunga kantan dimasukkan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut. Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang.





Selain sebagai penyedap rasa masakan, bunganya juga popular sebagai bungaan keratin, terutamanya hybrid yang mempunyai bunga merah, putih dan merah jingga untuk seni susunan bunga atau ikebana yang berasal dari Jepun.

Diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan, kantan atau nama saintifiknya phaecomeria speciosa boleh didapati tumbuh meliar atau ditanam di kawasan-kawasan beriklim tropika. Nama botani yang sinonim bagi kantan termasuklah nicolia speciosa, alpinia elatior dan alpinia magnifica. Bunga kantan juga dikenal sebagai Torch Ginger, Ginger Flower, Red Ginger Lily, Torch Lily, Wild Ginger, Combrang, Kecombrang atau honje (Indonesia), Bunga Siantan, Philippine Wax Flower, Xiang Bao Jiaing, Indonesian Tall Ginger, Boca de Dragón, Rose de Porcelaine, Porcelain Rose.