Mungkin ramai dah tahu yang halia ni merupakan
satu tumbuhan yang sangat berguna. Bagi yang masih tak tahu lagi, kebaikkan
halia (selain daripada membuang angin kus-kus) ialah dapat mengawal penyakit
seperti demam, migrain, batuk, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan
sebagainya. Selain itu halia juga dipercayai dapat membantu menghadamkan
makanan, menambah air mani dan menguatkan tenaga
batin. (Laki mesti suka ni.hihi).Orang perempuan juga suka menggunakan
produk halia kerana diyakini dapat memecahkan lemak-lemak kental bawah
kulit.
Disebabkan manfaat halia ni yang pelbagai, aku
suka untuk menggunakan halia dalam kehidupan seharian. Tambahan pulak, aku ni
memang jenis banyak angin (macam makcik-makcik), dan juga mengalami masalah
lemak tepu berlebihan terutama di perut dan peha. Oleh itu, aku cuba nak
kongsikan cara aku mengadaptasi halia dalam kehidupan aku :)
1 - Krim Pati Halia
Bagi yang malas nak menyediakan potion-potion
halia, bolehlah ambil kunci kereta, start enjin dan pergi ke kiosk-kios atau
kedai-kedai yang menjual pati halia. Kalau dilihat zaman sekarang ni memang
terdapat banyak sangat produk-produk pati halia ni. Macam-macam jenama dan jenis
bungkusan. Tepuk dada tanya selera nak pilih produk apa. Macam aku, aku gunakan
Pati Halia 3-in-1 (bukan Milo yer) bersama kolagen dan Limau Nipis. Setiap hari
lepas mandi dan sebelum tido, aku akan sapukan krim ni ke bahagian-bahagian
lemak tepu berkumpul seperti di peha, betis, bawah lengan dan perut. Sambil
sapu, aku urut-urut manja sedikit bahagian-bahagian tersebut sehingga krim
meresap sepenuhnya di bawah kulit. Diingatkan supaya jangan sapu banyak-banyak
sebab 10 minit kemudian, korang akan jadi seperti cacing kepanasan.Setakat ni,
aku rasa agak berkesan. Kerana berjaya mengecilkan sedikit peha tak berapa nak
gebu aku ni.
2 - Minuman halia
Yang ini paling aku suka. Disebabkan perut aku
seringkali kembung dan berangin, aku selalu minum air halia. Cara nak buat dia
senang sahaja. Pertama, korang cuci halia sehingga bersih. Buangkan kulit dan
potong halia secara kasar tetapi cantik. Kedua, Rebus halia dengan air sehingga
mendidih. Sukatannya ialah 2 cawan air bersamaan 1/2-1 cawan halia. Apabila
sudah mendidih, anda boleh campurkan air rebusan tadi dengan sedikit gula. Bagi
yang ingin menjaga kesihatan, jangan gunakan gula. Sebaliknya campur air rebusan
dengan madu atau susu dan juga teh. Memang sedap! Kalau malas buat sendiri, aku
selalu memesan teh halia sekiranya minum di kedai.
3- Sup halia
Amalan meminum sup memang sangat bagus. Untuk
menyediakan sup ini, mudah sahaja. Caranya adalah sama macam korang nak buat sup
ayam, daging dan sebagainya. Cuma korang perlu tambah halia mengikut citarasa
dalam sup tersebut. Selain dijadikan sebagai pembuka selera, korang dapat
melegakan perut yang meragam. Lebih kurang macam ENO lah.
4- Halia dalam masakan.
Amalkan membubuh halia dalam setiap masakan
yang korang atau mak korang masak. Contohnya, sayur campur dengan halia, ikan
kukus dengan halia, ayam masak halia dan lain-lain lagi. Mudah kan?
Itu sahaja yang aku pernah cuba. Sebenarnya
banyak lagi cara-cara pengaplikasian halia ni. Bagi sesiapa yang mempunyai cara
lain dalam menggunakan halia, bolehlah berkongsi.
sumber dari: nabeshnaim.blogspot.com