Rahsia orang Arab mampu memakan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja tanpa risau terkena penyakit- penyakit berbahaya. KHAL TAMAR (Cuka Kurma) merupakan penyembuh penyakit digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol, dan obesiti (kegemukan).
Bersabda Rasulullah S.A.W,
“Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim)
PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI, DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG DAN SEBAGAINYA
Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari kiamat.
Risalah ringkas KHAL TAMAR ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.
APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti Tamar (kurma), Epal, Anggur, dan Tiin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah atau menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil VINEGAR.
KHAL Tamar ini dihasilkan di Negara Timur Tengah atau Tanah Arab pada sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W lagi, perhatikan petikan hadis Rasulullah S.A.W ini :
Bersabda Rasulullah S.A.W,
”Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
KHAL Tamar ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang sangat digeruni oleh setiap orang seperti :
- Kencing Manis
- Darah Tinggi
- Membuang Kolesterol
- Lemak di jantung dan usus
- Mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
- Mencegah masalah asid berlebihan
- Masalah gout
- Buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik,
- Menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI
KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL mencepatkan proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.
sumber dari: esunnahonline.com