Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Diserap
Serta-merta
Bermakna apabila kita
memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula
dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula
pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia
terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu
diserap tubuh sebagai tenaga.
Tenaga
Serta-merta
Disunatkan berbuka dengan
kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang
tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan
menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan
bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala
waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.
Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga
serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun
mengantuk.
Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama
Potassium
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang
mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia
melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab
dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat
galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh
untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu,
yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya
sedikit.
Menguatkan
Ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk
menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan
pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan
kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma
mengandungi ubat.
"Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada
terkena racun yang dimakan."
Meredakan Tekanan
Darah
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk
meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar
halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit.
Menambah Tenaga
Seksual
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam
dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual
atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara
pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan
diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga
dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam
aiskrim.
Kandungan Kurma
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi,
kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia
lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang
tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati
gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang
penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam
galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten
dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada
pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Jus Kurma
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan
untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan
oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih
serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam
perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk,
jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma
bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan
batuk.
Kurma Dalam
Al-Qur'an
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai
khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam Al-Qur'an terdapat
21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya
dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh
Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika
beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
sumber dari: rudi-zone.blogspot.com