khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 29 June 2013

Telur Pindang Cik Manggis










Tengok kat atas ni....haa...telur pindang!!!walaupun rupanya tak cantik tapi Cm tetap seronok kerana berjaya buat telur pindang sendiri...first time cuba ni.Rasanya tetap rasa telur pindang walau rupanya agak jelik hehe.Penat Cm  dengan atiqa mencari daun daun herba yang diperlukan dikawasan tempat kami berjogging...berhampiran p10 putrajaya.



Ini lah daun daun yang diperlukan untuk membuat telur pindang.

Bahannya:
telur ayam
Daun senduduk,
Daun mengkudu,
daun salam
daun kunyit.
Lengkuas-diketuk
Daun pandan
Daun lengkuas
daun serai wangi,
Kulit bawang
kicap manis
Ketumbar biji
Jintan manis
Jintan putih.
serai
1 ketul asam jawa.
 Garam,


susunkan daun daun dan bahan bahannya yang diperlukan  kedalam periuk baru susunkan telur diatasnya.







garam,kicap


Ketumbar,kulit bawang dan asam jawa


Ketumbar,jintan manis dan jintan putih dikisar kasar.Masukkan semua bahan bahan ini kedalam periuk dan tutup telur dengan daun daun yang selebihnya.Tuangkan kicap (1 cawan) dan garam(2 tbsp).masukkan air yang mencukupi dan rebus telur dengan api yang perlahan..opps jangan lupa asam jawa tu ya ...kena masukkan jugak .

.Malamnya Cm padamkan api dapur dan sambung merebus besoknya.Oleh kerana Telur 15 biji je jadi masa rebus tu tak lama.Jika 1000 biji  telur kena lah rebus 3 hari 3 malam..hehe jadi hikayat 1001 malam nak rebus telur pindang ni hehe.



sumber dari: mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com