khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday 26 June 2013




Photo: Rahsia Penciptaan Buah Delima. Jom Baca :)

Minuman Delima Sihhah - Turun Berat & Kolestrol

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.



Delima berasal dari Negara Iran dikenali sebagai Punica Granatumdalam istilah botani, juga boleh didapati di India, Afghanistan dan Syria. Di zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu di tanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.Bagi agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yzng melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Dalam agama Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

Dari sudut pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud:

“Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”
.
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.

Oleh kerana itu ia dapat menghilangkan keletihan.Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.
Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula betanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.


sumber dari: barakahniaga.wordpress.com