khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 2 March 2012

singgang ikan tongkol mesti ada lengkuas





Bahan yang diperlukan :
1 ekor ikan tongkol yang di potong [ wiyah just guna kepala yg di belah 2 & ekor sahaja]
1 jug air [ ikut kesesuaian kuah banyak mana]
3 ulas bawang merah [ potong 4 je or mayang]
5 ulas bawang putih [ mayang]
2 inci lengkuas [ di hiris ] & daun kunyit [koyakkan]
2 keping asam & 6 biji cili padi [ tak perlu di potong]
sedikit gula manisan
sedikit kacang bendi [ jika suka] 

cara menyediakan:

  1. Masakkan air dalam periuk yang bersesuaian & masukkan bahan2 yang dihiris sehingga menggelegak agak lama skit
  2. Kemudian masukkan ikan [kepala & ekor]... & asam keping & gula manisan,,masakkan menggunakan api yang sederhana coz lagi lama di reneh maka lagi sedap rasa ikan singgang ni
  3. Kemudian masukkan cili padi & kacang bendi,,perasakan SESEDAP RASA [ masam & masin] 


sumber dari: ayiewiyah.blogspot.com