khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 3 March 2012

masak lomak gelugur





Bahan-bahannya
Daun gelugur
(gunakan daun yang muda/pucuknya yang masih ada warna ungu)
Santan
Ikan kembong/tenggiri/parang
(pilihlah salah satu)
Chilie api
(banyak sikit bagi pedas baru best. Juga untuk menggurangkan masam daun tu…)
Garam secukup rasa.


Caranya

Susun daun gelegur bertindih-tindih.
Racik/hiris daun gelugur seperti menghiris daun pandan. 
Rendam di dalam air garam untuk seketika bagi mengurangkan masam daun tersebut.
Masak seperti biasa cara memasak masak lemak. 
Sebelum dimasukkan daun gelugur tersebut, perah dulu daun gelugur yang direndam tadi dan toskan airnya. 
Bila santan telah menggelegak masukkan daun gelugur tersebut.
Biarkan untuk seketika dan bolehlah di tutup apinya.



 sumber dari: ibumithali.com