khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 2 March 2012

pokok asam gelugur


 


Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya dari kayu keras dan mempunyai dan daun berwarna hijau gelap dengan permukaan atasnya berkilat. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan yang berada dihujung dahan. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan jingga kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan mempunyai rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza-beza mengikut varieti iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong serta mempunyai ketak. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyai 12-16 ketak.

Penanaman asam gelugor untuk menghasilkan asam keping perlu dibanyakkan lagi dengan penanaman secara komersil. Penanaman boleh menggunakan bijibenih dari buah yang cukup matang dan disemai dalam nurseri. Benih yang mempunyai ketinggian lebih sekaki ditanam dengan jarak 6m x 6m. Spesis yang ada di Malaysia adalah spesis tempatan yang akan menghasilkan buah selepas 6-7 tahun ditanam.
Kebanyakan pokok yang ada di keliling rumah adalah bercampur dengan buah-buahan lain di ladang dan menerima baja serta amalan agronomi yang diberi adalah sama untuk pokok buah-buahan. Kebanyakan pokok sedia ada dianggap sebagai tanaman organik kerana boleh dikatakan jarang menggunakan bahan kimia. Pembajaan menggunakan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 30-50 gram boleh dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Perosak dan penyakit tanaman ini masih belum di buat kajian secara saintifik. Kesan kemarau dan hujan yang berlebihan kadang-kala menyebabkan kejadian buah gugur.

Buah asam gelugur yang matang dituai dengan menggunakan galah buluh atau aluminium yang mempunyai pisau dan kantung. Ada juga yang memanjat pokok untuk kerja-kerja penuaian. Buah yang dikutip dikumpul dan dibersihkan untuk proses pengeringan. Untuk dijadikan asam keping, buah asam gelugor di hiris halus antara 3-8 mm ketebalan dengan pisau tajam. Hirisan akan disusun untuk dikeringkan menggunakan cahaya matahari atau alatan mesin pengering. Jika potongan asam keping dijemur, ia memerlukan antara 7-12 hari sebelum cukup kering untuk dijual. Di Gemenceh, Negeri Sembilan didapati asam gelugur segar (juga digelar asam keping) dijual dengan harga RM 4.00 - RM 5.00 setiap 100 gram.



sumber dari:ms.wikipedia.org