khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 2 March 2012

asam gelugur menurunkan paras kolesterol


 


Asam Gelugor atau Garcinia atroviridis, merupakan tumbuhan yang kerap digunakan dalam perubatan masyarakat Thailand sebagai sejenis buah-buahan berasid yang dapat mengurangkan berat badan dan lemak berlebihan. Antara komposisi kimia yang terdapat dalam asam gelugur serta mempunyai aktiviti antioksidan ini ialah seperti asid sitrik, asid tartarik, asid malic dan asid askorbik. Bahan istimewa dikenali sebagai Hydroxycitric Asid juga telah dijumpai pada buah dan dalam kulit ari buah asam gelugur.

Daripada kajian yang telah dijalankan, tumbuhan mengandungi hydroxycitric acid boleh ditukar kepada potasium hydroxycitrate telah terbukti dapat mengurangkan berat badan. Eksperimen telah dijalankan terhadap tikus bagi melihat kesan potasium hydoxycitrate yang diperolehi dari asam gelugugur terhadap pengurangan berat badan dan kadar pengurangan kolesterol.
Keputusan menunjukkan bahawa 2 ml rawatan 2% setiap hari dengan potasium hydroxycitrate selama dua minggu mengurangkan tahap kolesterol LDL dari 63 mg/dl hingga 50 mg/dl, meningkatkan tahap HDL dari 35 hingga 63 mg/dl dan mengurangkan berat badan. Kesimpulannya bahawa asid hydroxycitrate yang diperolehi dari buah asam gelugur berguna sebagai makanan tambahan untuk merendahkan paras kolesterol dan pengurangan berat badan.



sumber dari: fazlisyam.com