khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday 2 March 2012

lengkuas ramuan maandian herba






Nama tempatan/Common name: Lengkuas (Bahasa Melayu), Galangal (Bahasa Inggeris)
Nama-nama lain/Other names: Blue ginger, Galanga, Laos
Nama saintifik/Scientific name: Alpinia Galanga stuntz
Genus: Alpinia
Famili/Family: Zingiberaceae
Saya gemar beli ubi lengkuas (Alpinia Galanga stuntz) dan simpan di rumah untuk digunakan sebagai salah satu ramuan untuk Mandian Herba.
Selain digunakan sebagai bahan untuk masakan dan untuk Mandi Herba, lengkuas juga ada kegunaan yang lain. Berikut adalah sebahagian daripada khasiat lengkuas.
  • menambahkan selera makan;
  • membersihkan darah;
  • merawat sakit kepala;
  • merawat penyakit kulit seperti panau dan kudis.
  • mencairkan kahak;
  • merangsang otot;
  • meningkatkan tenaga batin;
  • mencegah mabuk laut;
  • afrodisiac;
  • merawat penyakit rheumatik.
Biasanya ubi lengkuas akan direbus bersama herba-herba lain untuk dijadikan ubat. Misalnya, untuk mencairkan kahak dan merawat bronkitis, 2 ketul lengkuas, 2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam.



sumber dari: linaherbs.blogspot.com