khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 16 November 2012

petua untuk mengetahui madu itu asli






kadang-kadang kita tak tau madu yang kita beli tu 100% asli ke tak kan?
biasa la kalau kita tanya jurujual , mesti mereka akan cakap madu yang di jual tu asli. 
(takkan nak cakap dah campur pulak. pada hal harga yang ditawarkan mahal)

jadi terdapat beberapa cara untuk kita pastikan madu yang dijual tu asli ke tak ..

1. madu tu kalau di bakar dgn api dia akan menyala.. kalau tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)

2. madu kalau asli semut tak kan hurung.. kalau ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..

3. madu yg asli kalau letak dlm peti ais dia tak kan beku..

4. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.
(Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah
beberapa lama.)


5. Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air
(tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan
air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).

6. Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur
yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang
mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.

7. Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama
lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini
kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang
‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur,
madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!



sumber dari: ayurazak.blogspot.com