khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 16 November 2012

madu adalah makanan terbaik






Madu mempunyai pelbagai khasiat terutama dari dalam janin sehinggalah lanjut usia,madu dikatakan mampu memperkuatkan janin yang lemah dalam kandungan ( rahim ).Ibu Hamil yang mengamalkan madu dapat membantu menjaga stamina dan kesihatan semasa mengandungkan bayi serta membantu pertumbuhan janin yang sihat selama sembilan bulan dalam kandungan.

Bagi membantu perkembangan otak bayi, amalan memakan madu adalah bagus untuk perkembangan kanak-kanak berusia 5 tahun. Pertumbuhan dan perkembangan otak sangat berkait rapat dengan kecerdasan pikiran (IQ ) dan kecerdasan mental ( EQ ) .

Anak-anak digalakkan memakan madu bagi membantu nafsu makan meningkat kerana terdapat vitamin B dalam madu, anak menjadi semakin sihat , lincah dan riang serta tahan penyakit. Bagi remaja yang mengamalkan madu pada akil baligh mampu mempercepatkan pertumbuhan tubuh menjadi lebih sihat dan sempurna.

Apabila meningkat dewasa pula dengan pelbagai tugas dipejabat yang menyebabkan seseorang itu mudah mengalami stress sehingga tubuh menjadi lemah dan mudah diserang penyakit , madu adalah makanan tambahan terbaik.

Madu adalah makanan terbaik yang sangat diperlukan bagi orang yang lanjut usia, kerana madu adalah sumber energi dan gizi yang dapat diserap oleh tubuh , dimana pada usia tersebut organ pencernaan sudah mulai kurang.



sumber dari: drrozmey.wordpress.com