khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 2 November 2012

ayam masak pecal lemak cili api





Bahan-bahan :

1 ekor Ayam ( Belah 2 atau 4 kemudian dibersihkan )
2 inci halia
1 labu bawang besar
1 inci belacan bakar
3-4 biji ubi cekur atau kencur
6-10 helai daun cekur ( dihiris nipis-nipis )
10 – 20 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini )
1 mangkuk santan pekat ( 1/2 biji kelapa di kisar dengan 1 mangkuk air suam- ambil santannya)
Garam secukupnya
gula secukupnya
jus limau secukupnya
serbuk perasa

Cara Penyediaan

1. Tumbuk halia bersama garam kemudian lumur pada ayam tadi.
2. Kukus ayam hingga empuk.
3. Sementara ayam empuk buat sos pecal.
4. Tumbuk cili padi, belacan, biji cekur, bawang besar hingga lumat.
5. Kemudian satukan bahan tumbuk, santan, gula, garam, perasa, jus limau serta daun cekur yang telah dihiris.
6. Kacau sebati dan sesuaikan rasanya.
7. Bila ayam empuk potong2kan ayam tadi dan susun atas pinggan.
8. Kemudian curahkan sos pecal lemak tadi atas ayam.
9. Bolehlah dihidangkan.

*** Kalau santan tu diperah menggunakan air yang tak masak boleh panaskan santan tersebut atas api…. kacau selalu jangan sampai pecah!!! kemudian baru satukan dengan bahan2 lain.



sumber dari: potretkasih.com