khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Friday, 16 November 2012

madu lebah asli dari negeri sabah



foto madu lebah sabah


Madu Lebah Asli merupakan salah satu produk bermutu tinggi keluaran khas Negeri Sabah yang 100% tulen, tanpa bahan pengawet atau perasa tiruan. Sumber nektarnya pula adalah daripada pelbagai jenis bunga yang ada di sekitar hutan khatulistiwa dan juga pokok-pokok tanaman seperti pokok kelapa, acacia mangium, getah, bunga-bungaan dan sebagainya.

Pada peringkat ladang, hanya madu yang matang sahaja akan dituai untuk menjaga dan mengekal keasliannya. Madu yang sudah dituai akan diproses dan dibotolkan dalam pelbagai saiz dan rekabentuk produk madu di dalam kilang pemprosesan yang khusus.

Madu lebah adalah suatu produk yang stabil dan tidak mudah rosak oleh bakteria perosak makanan. Untuk menjaga kesegarannya dan keasliannya, adalah disyorkan supaya madu disimpan di tempat yang dingin dan kering pada suhu 27°C serta haruslah tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari ataupun suhu yang tinggi. Madu lebah asli juga tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan daripada berlakunya proses pembekuan ke atas madu tersebut seterusnya mengubah koposisi fizikal dan kimia madu tersebut.


sumber dari: madulebahku.blogspot.com