khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Saturday 1 September 2012

pokok buah delima






Pokok delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba.

Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika[1]. Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.[2]

Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya berbuah bermula dari bulan September sehingga Februari.[3] Manakala di Hemisfera Selatan, pokok delima berbuah dari bulan Mac sehingga Mei.
Buah delima telah banyak diperihalkan dalam beberapa teks-teks / kitab-kitab keagamaan, antaranya Kitab Keluaran dalam Perjanjian Lama, Homeric Hymns dan Al-Quran.[4] sejak tahun-tahun kebelakangan ini, buah delima dilihat telah mencapai permintaan yang memberangsangkan khususnya untuk jualan dalam pasaran komersial di Amerika Utara dan Hemisfera Barat.[1][5]


Lebih daripada 500 kultivar pokok delima telah dinamakan, tetapi buah sedemikian terbukti memiliki banyak nama yang berlainan bagi genotaip yang sama, dinamakan merentasi pelbagai daerah di seluruh dunia.[6] Iran memiliki kepelbagaian genetik terbanyak bagi pokok delima dan lebih 760 genotaip Iran telah dikumpulkan dalam pengumpulan buah delima kebangsaan Iran di Yazd, Iran.

Beberapa ciri-ciri antara genotaip delima berbeza bagi mengenal pasti kecenderungan pembeli, kecenderungan kegunaan, dan penjualan, dan yang terpenting adalah saiz buah, warna kulit luar ("exocarp") (antara kuning kepada ungu, dengan kebiasannya merah jambu dan merah), warna aril (antara putih kepada merah), kekerasan biji benih, kematangan, kandungan cecair dan keasidannya, kemanisan, dan astringency.[6]




sumber dari: ms.wikipedia.org